apakah pendapat anda sekiranya anda melihat dan mendengar sendiri sahabat perempuan anda berkelakuan seperti menggoda ( suara manja dalam telefon or face to face, jelingan, pandangan, kelakuan) terhadap lelaki yang bukan muhrim malah baru dikenalinya, walhal dia sendiri sudah mempunyai insan istimewa dihatinya.
di mata orang, dia seorang yang cantik, sopan, lembut dan menutup aurat dengan sempurna dari hujung kepala hingga ke hujung kaki
dalam islam sendiri pun mengharamkan couple, apatah lagi perkara2 yg menguji keimanan seorg lelaki.
sebagai muslim,tugas kita adalah amar maaruf nahi munkar
mampukah??bagaimana caranye??
setiap kali ingin memulakan langkah, hati pasti terdetik
"adakah aku sama spertinya??atau lebih teruk darinya"
hanya hati yg mampu menolak
Ya Allah, betapa ceteknya iman hambaMu ini
aku perlukan bimbingan dan petunjukMu
agar aku sentiasa berada di jalan yang lurus
dan sentiasa memperoleh kekuatan untuk membantu sahabat2ku untuk kembali ke jalanMu
Amin...
No comments:
Post a Comment