assalamualaikum w.b.t.
hari ni alhamdulillah dapat study lebih sikit walaupun bangun lambat dek kerana tido lambat semalam huhu..
ingat peasanan mak..kali ni mak xnak lulus tapi berjaya..insyaAllah..akan ku usaha dengan sebaik2nya..selebihnya serahkan kepada Allah..
lepas zohor tadi ym ngan ain..kami bincang pasal elektif posting..sambil2 tu jenguk2 la facebook..then ternampak post junior sekolah dulu pasal sesuatu yang menarik..nak tau ape?? haa betul la tu..kat title tu dah sebut..anugerah nasyeed.com 2012 yang telah bersiaran di pusat islam dan TV al-hijrah..dah lame rasenye tak merasai suasane nasyid ni..so ape lagi..terus bukak link tu and layan la program anugerah tu..
memang syok..rase syahdu je especially time persembahan dari kumpulan2 nasyid2 yang buat persembahan malam tu..terkenang kembali nostalgia masa kat sekolah dulu..tak yah cakap la kan..dulu sy memang gila bab2 nasyid ni..memang update la kan..tapi sejak satu masa dulu di mana nasyid dah start buat perubahan, diorang selitkan unsur2 rap, R&B dan sebagainya..mungkin nak mengikuti peredaran zaman kot..haa time tu berenti kejap la nak update pasal nasyid2 ni..bukan ape..rase keaslian nasyid tu dah hilang..tapi zaman tu sekejap je sebab orang xminat sangat..alhamdulillah sekarang dah kembali dengan melodi nasyid yang tersendiri..
komen sy berkenaan program ni..memang sangat baguslah sebab kat malaysia ni, seni nasyid pun banyak bagi sumbangan dan menaikkan nama malaysia di serata dunia..contoh paling senang kumpulan Raihan dan Rabbani..tapi yang sedihnya, tahun ni anugerah untuk kategori nasyid dah dimansuhkan dalam ABPBH..tu la orang zaman sekarang..secara positifnya, mungkin mereka rasa nasyid x berapa sesuai utk dipertandingkan dalam anugerah tu..yela, mostly kategorinya semua lagha2 dan duniawi semata..ade betulnya jugakkan kan..tapi kesahihannya wallahua'alam..
tapi sy agak tak berapa puas hati la dari segi penyampaiannya..mungkin xsalah kalau nak menvariasikan suasana tapi kalau digandingkan dua jantina untuk jadi host, rasenya kurang elok kalau berdiri dekat2..and utk penyampai anugerah pun sama jugak..nampak tak manis lebih2 lagi dalam program islamik camni kan..ape salahnye kalau letak satu jantina dalam satu masa..takde bezanya lah dengan program2 yang lain kan...boleh diperbaiki lagi untuk masa akan datang..
kepada sesiapa penggemar nasyid, kalau nak tengok program tu, boleh la tengok dalam link video di bawah ni..selamat menonton! ;)
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
No comments:
Post a Comment