Saturday, 26 January 2013

Nikmat senang sebelum susah

assalamualaikum..
hari ni sabtu, so cuti..balik KTDI sbb ade 2 cuti umum --> maulidurrasul dan thaipusam..
2 hari dah susah nak tidur..
tak tau sebab ape..
malam pertama tu macam tau kenapa..
mungkin hati sayu dan sedih dan frust..
kenapa??
sebab sekarang dah tak boleh nak admire org lagi..
yang selebihnya biarlah saya sorang saje yang tahu..
 tapi malam kedua jadi lagi..
bila bukak mata ngantuk..
bila pejam xlelap2..
lame pulak tu..
and dah 2 hari jugak subuh gajah..
ni sifat yang sangat tak baik..
malam ni kena gak usaha tidur awal..
supaya boleh bangun awal untuk subuh..

pukul 10.30am buat surat untuk jabatan bendahari UKM..
tetiba lapar kemain..
tak boleh nak fikir ape..
so pergi lah kafe cari makanan..
balik dari kafe, ternampak 2 orang pekerja cleaner perempuan..
diorang tengah sapu daun kering kat sekitar blok kediaman..
punya la banyak daun gugur..
dengan tanah lembabnya sebab semalam hujan..
and dengan kawasan bukit lagi..
sudah pastinya susah..
tapi demi meneruskan hidup, diorang tetap teruskan..

teringat zaman sekolah menengah dulu..
cikgu2 mendidik kami berdikari dengan pelbagai cara..
salah satunya ialah membersihkan kawasan sekitar sekolah yang dibahagikan setiap kelas..
tiap pagi sebelum kelas bermula, semua wajib buat..
kecuali yang bertugas bersihkan kelas la..
ade pengawas yang monitor kami..
kerja kami nampak senang..
sapu kawasan,
kutip daun kering yang gugur..
kumpulkan semua sampah dan buang kat tempat pembuangan sampah..
nampak mudah kan...
tapi kerja ni jadi berat bila tanah dan daun yang gugur lembab..
dan bila musim luruh..
walaupun malaysia bukan negara 4 musim, tapi pokok ade musimnya kan :)
ditambah dengan sikap dan perasaan hilang tanggungjawab..
kerja ni lagi bertambah sukar..

betapa sekarang belajar dah tak perlu buat semua tu..
takde sape yang suruh pun..
ape yang perlu dibuat hanyalah fokus sebagai seorang pelajar..
tapi persoalannya,
adakah kita menunaikan tanggungjawab kita dengan sebaiknya?
Allahuakbar!
mari muhasabah..

Ya Allah, aku bersyukur diatas segala rahmat dan nikmat yang Engkau kurniakan..
janganlah Engkau timbulkan perasaan riak dalam hatiku,
dan janganlah juga Engkau jadikan aku seorang yang kufur nikmatMu..
amin..

No comments:

Post a Comment