Saturday, 9 July 2011

Agama = Nasihat

....السلام عليكم يا صحابتي الكرام
insyaallah entry kali ni sy nak berkongsi sedikit tazkirah yang diambil dari sepotong hadith..

Diriwayatkan daripada Abu Ruqayyah Tamimbin Aus al-Dariy r.a.,bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda:
.الدين النصيحة. قلنا: لمن؟ قال: لله، ولكتابه، ولرسوله، ولأئمة المسلمين وعامتهم

Maksudnya :-
Agama itu nasihat. Kami bertanya: untuk siapa? Baginda menjawab: untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum muslimin, dan bagi manusia umumnya.

Kalimah "agama itu nasihat" bermaksud bahawa nasihat sebagai tiang dan penyokong agama.
Menurut Imam Nawawi, nasihat itu wajib sekadar yang mampu dengan syarat seorang itu mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, suruhannya akan dipatuhi dan dirinya tidak terancam. Tanpa syarat ini tidaklah diwajibkan.

Kita mulakan tafsiran "nasihat" ni dengan dua perkara dulu ye, iaitu:-
1) NASIHAT UNTUK ALLAH
- beriman semata-mata kepadanya
- jauhkan perbuatan syirik
- jauhkan sikap ingkar suruhan-Nya
- mengagungkan-Nya
- menyucikan-Nya dari sifat kekurangan
- mentaati-Nya
- jauhkan diri dari dosa
- mencintai dan membenci semata-mata kerana-Nya
- berjihad menghadap musuh
- mengakui dan bersyukur dengan nikmatnya
- ikhlas dalam setiap urusan
- amar maaruf
- bersikap lemah lembut kpd manusia

2) NASIHAT UNTUK MANUSIA UMUM
- memimpin mereka ke jalan yang benar
- awasi mereka dari terpesong ke jalan yang salah
- ajar mereka
- belajar dari mereka
- saling tolong-menolong
- saling menghormati
- saling mencintai
- bersama-sama menjaga kemaslahatan hidup
- memahamkan mereka bahawa setiap orang adalah anggota dalam masyarakat

lagi 3 nanti kita sambung dalam entry seterusnya k!;))

bila baca tafsiran hadis ini, nampak memang mudah kan. tetapi pelaksanaannya mungkin bukan seperti yang difikirkan..walau apapun, sebagai umat islam yang sentiasa berpegang kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah, seharusnya kita sentiasa berusaha menjalankan tanggungjawab kita..macam orang putih cakap, by hook or by crook hehehe
sebabnye, setiap amalan kita pasti akan disoal kelak..bukan setakat apa yang sudah kita lakukan tetapi setiap tanggungjawab yang kita tidak laksanakan..Na'uzubillah..

Nasihat ini sy tujukan kepada semua pembaca terutamanya diri sy sendiri..semoga kita sentiasa berada di bawah rahmat-Nya..amin...

...والسلام

No comments:

Post a Comment