Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Friday, 10 February 2012

sharing is loving

salam..
juz got this from Farah Lee Personal page in facebook..
hope she is ok with this..*maaf mdm.farah xminta izin huhu*
motive : as a reflection before going to bed..

as a human being, we can only plan, but everything is decided by Allah..coz He knows what's the best for us ;)


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Tuesday, 4 October 2011

take 10!

dimulakan dengan bismillah ^^
mase entry yang lepas lepas lepas lepas tu sy ade janji nak share ilmu yg dapat mase kuliah fiqh perubatan kan??insyaallah mlm ni sy akan share mane yang sempat sy salin time tu..
tajuk kuliah "kelahiran, kehidupan dan kematian"..
ade 3 kuliah yang telah disampaikan oleh penyampai2 yang hebat iaitu Ustaz Fadlan, Ustaz Arif dan Prof Harlina Halizah Siraj..
tapi sy dpt share 2 kuliah je sbb lg satu tu cpt sgt slide bergerak..mate pen pun xsempat cecah kertas huhu..
topik kuliah pertama ialah kelahiran dan kehamilan yang disampaikan oleh Ustaz Fadlan..
segala yang dibincangkan adalah berdasarkan dalil Al-Quran dan Hadith..
sesungguhnya sesuatu amalan tanpa dalil itu amat bahaya..astaghfirullah..

1) Amalan sunnah ketika hamil
- takde amalan khusus
- amalan umum yg blh diamalkan :-
>baca Quran - tiada ayat khusus - tiada dalil yg sahih
-dari sudut kesihatan:-
>secara umum - kurma (ade dalil)

2) Puasa org hamil
- ade 2 pandangan:-
i) wanita hamil/menyusu sama hukumnya dgn org yg sakit - bila sihat ganti balik
ii) hanya perlu memberi makan kpd org miskin
kedua2nya blh diamalkan, tetapi dgn syarat bkn mengikut hawa nafsu tetapi kerana dalilnya.

3) Perancangan keluarga
- islam menggalakkan byk zuriat dgn syarat anak2 itu dipelihara
- mendidik anak seharusnya seawal pra-perkahwinan(haaa cmne tuh??hmmm)
- so syarat utk kahwin:-
--->perempuan : tgk agama>keturunan>harta>kecantikan..klu ade yg pertama sudah memadai.
--->lelaki : wajib ade agama dan akhlak..(so blh la rancang skrg and pilih calon yg sesuai ye hehe..yg penting doa dan minta sungguh2 pd Allah..insyaallah Allah itu Maha Mendengar dan akan memberikan apa yg terbaik utk hamba2nya:))
*so kata putusnya, merancang keluarga tu tak boleh kecuali kehamilan memudaratkan

4) Pilih jantina
- boleh hanya kalau salah satu jantina tu confirm ade masalah kalau dilahirkan.
- blh rujuk Surah An-Nahl 16:58
- yg penting jgn ade syak dihati membenci salah satu jantina tu.kerana setiap anak tu adlh anugerah (ayt last ni tmbh sendiri hehe)

5) Ibu tumpang
- hanya test tube baby yg boleh dgn syarat tertentu :-
i) mesti dgn doktor yg amanah dgn perkara tersebut
ii) perlu dilakukan terus- bkn disimpan
iii) selepas selesai urusan terus dihapuskan
- benih mesti dari suami dan ditanam dalam rahim isteri tersebut (krn dikhuatiri percampuran nasab)

6) Selepas lahir
- azan & iqamah -->hadith dhoif(lemah)
* blh diamalkan tetapi jgn laungkan mcm kat masjid/surau (mksdnye jgn kuat2)
- susukan anak -> wajib sebaik2nya 2 thn (Al-Baqarah 2:233)
- mendoakan pasangan yg dpt anak
- mendoakan utk bayi/anak kecil
- mendoakan utk pnjg umur
- mentahnikkan bayi (kunyah kurma & letak kat langit2 baby)
-->tahnik ialah khusus utk Nabi SAW krn setiap apa yg ade pd baginda itu adalah sempurna dan rahmat
-->bg kita ckuplah sekadar hanurkan lumat2 + air sikit.. ade belajar kan virus transmitted through feeding baby this way..so jage2 tau..
- aqiqah:-
--> yg terbaik ialah kambing
--> masa yg terbaik : hari ke-7
- cukur rambut
--> ade yg ckp meniru agama lain..sbnrnye takde masalah same dgn agama lain asalkan diperakui oleh Nabi SAW.
- khitan 
--> sebaik2nya selepas 7 hari..

tu saje utk mlm ni...
utk topik ke-2 insyaallah akn disambung esok plak ye..
harap2 ilmu ni dpt memberi kita panduan pd masa akn dtg :))
wallahua'alam..
wa ilalliqa'!



  

Saturday, 9 July 2011

Agama = Nasihat

....السلام عليكم يا صحابتي الكرام
insyaallah entry kali ni sy nak berkongsi sedikit tazkirah yang diambil dari sepotong hadith..

Diriwayatkan daripada Abu Ruqayyah Tamimbin Aus al-Dariy r.a.,bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda:
.الدين النصيحة. قلنا: لمن؟ قال: لله، ولكتابه، ولرسوله، ولأئمة المسلمين وعامتهم

Maksudnya :-
Agama itu nasihat. Kami bertanya: untuk siapa? Baginda menjawab: untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum muslimin, dan bagi manusia umumnya.

Kalimah "agama itu nasihat" bermaksud bahawa nasihat sebagai tiang dan penyokong agama.
Menurut Imam Nawawi, nasihat itu wajib sekadar yang mampu dengan syarat seorang itu mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, suruhannya akan dipatuhi dan dirinya tidak terancam. Tanpa syarat ini tidaklah diwajibkan.

Kita mulakan tafsiran "nasihat" ni dengan dua perkara dulu ye, iaitu:-
1) NASIHAT UNTUK ALLAH
- beriman semata-mata kepadanya
- jauhkan perbuatan syirik
- jauhkan sikap ingkar suruhan-Nya
- mengagungkan-Nya
- menyucikan-Nya dari sifat kekurangan
- mentaati-Nya
- jauhkan diri dari dosa
- mencintai dan membenci semata-mata kerana-Nya
- berjihad menghadap musuh
- mengakui dan bersyukur dengan nikmatnya
- ikhlas dalam setiap urusan
- amar maaruf
- bersikap lemah lembut kpd manusia

2) NASIHAT UNTUK MANUSIA UMUM
- memimpin mereka ke jalan yang benar
- awasi mereka dari terpesong ke jalan yang salah
- ajar mereka
- belajar dari mereka
- saling tolong-menolong
- saling menghormati
- saling mencintai
- bersama-sama menjaga kemaslahatan hidup
- memahamkan mereka bahawa setiap orang adalah anggota dalam masyarakat

lagi 3 nanti kita sambung dalam entry seterusnya k!;))

bila baca tafsiran hadis ini, nampak memang mudah kan. tetapi pelaksanaannya mungkin bukan seperti yang difikirkan..walau apapun, sebagai umat islam yang sentiasa berpegang kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah, seharusnya kita sentiasa berusaha menjalankan tanggungjawab kita..macam orang putih cakap, by hook or by crook hehehe
sebabnye, setiap amalan kita pasti akan disoal kelak..bukan setakat apa yang sudah kita lakukan tetapi setiap tanggungjawab yang kita tidak laksanakan..Na'uzubillah..

Nasihat ini sy tujukan kepada semua pembaca terutamanya diri sy sendiri..semoga kita sentiasa berada di bawah rahmat-Nya..amin...

...والسلام

Friday, 8 July 2011

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
"tidak beriman seseorang kamu melainkan kamu mengasihi saudara kamu seprtimana kamu mengasihi diri kamu sendiri"

hadis ni mula kenal masa belajar 'idadi time form 2..
mksud kat sini ialah saudara yg merujuk kpd seluruh umat islam..
mengajar kita untuk menghargai kwn dan kasih kpd mereka..

walaupun dah lame tau tp sampai skrg still tak dpt nak capai sepenuhnya seperti apa yang di ceritakan dlm hadis ni..Astaghfirullah lemahnya imanku...

lepas ni nekad dalam hati, sentiasa utamakan orang lain sepeertimana kita utamakan diri kita sendiri..
والله أعلم